Firman Allah

Saturday, October 31, 2009

KAMPUNG BAHAGIA

Hari ini kita sering mencari kebahagian dan ketenangan dalam kehidupan kita...pelbagai reaksi dan pandangan yang diberikan oleh masyarakat kita dalam persoalan ini. kita selaku insan yang beriman kepada Allah dan kehidupan akhirat pasti mempunyai satu pendirian dan satu pandangan yang tepat dalam isu ini....

kita sebagai insan pasti akan menemui kematian...dan disitu bermulanya kehidupan kampung akhirat yg dinamakan kampung bahagia bagi orang2 yang benar bertakwa kepada Allah ta'ala.
di situ juga manjadi kampung kecelakaan bagi orang2 yang lalai ketika hidup di dunia ini...

oleh itu marilah kita sam2 meneliti dan melihat dimanakah kedudukan kita ?? adakah kita termasuk dalam golongan yang bertakwa kepada Allah atau sebaliknya??.. untuk menjawab persoalan ini hendaklah kita kembali melihat firman ALllah ta'ala dalam Al-Quran tentang ciri2 orang yang bertakwa keoada Allah....

di sini saya ingin bawa saudara2 semua kembali melihat firman Allah yang bermaksud " jikalau penduduk sesuatu negeri beriman dan bertakwa kepada Allah nescaya kami bukakan pintu rezeki di langit dan bumi..tetapi mereka mendustakan ajaran kami lalu kami mengambil tindakan yang keras disebabkan usaha2 mereka yang jahat...( surah al'araf ayat 96 )....

berdasarkan ayat ini jelas kepada kita syarat untuk mendapat kampung yang bahagia yang dipenuhi dengan pintu kerahmatan dan kedamaian samada kampung di dunia ini bahakan kampung di akhirat pasti bersifat dengan sifat2 orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah ta'ala....

Untuk mendapat kebahagian ini mestilah kita sentiasa mentaati suruhan dan perintah Allah ta'ala....beribadat hanya kepadanya...adakan hubungan sesama manusia...sentiasa bermuhasabah diri kearah kebaikan...dan apa yang penting kita semua hendaklah mempebaiki hubungan kita dengan Allah dan hubungan dengan saudara2 kita samada yg dekat mahupun jauh....insya Allah bahagilah sesuatu kampung bahkan layak mendapat kerahmatan dan keberkatan sebgaimana firman Allah di atas.....

Tuesday, October 6, 2009

FITNAH

Dalam masyarakat islam hari ini timbul pelbagai bala bencana yang menimpa mereka. sewajarnya dengan bala bencana ini seperti yang berlaku di filipina dan sumetra memberi keinsafan dan kesedaran beragama dikalangan kita. tetapi bagi golongan yang lebih memetingkan kehidupan dunia , mereka tidak akan menghiraukan taufan ini.

Dalam masyarakat saya pun timbul pelbagai bentuk fitnah dan tohmahan yang tidak berasas yang menyebabkan kebanyakan orang-orang yang jauh dari mengikuti aktiviti agama semakin jauh dan tidak pedulikan tuntutan menuntut ilmu. Baru-baru ini saya menyampaikan ceramah Agama di surau ( bulan Ramadan ) ingin memberi kesedaran kefahaman islam , tetapi sayangnya manusia yang tidak bertanggunjawab sanggup memutarbelikkan ucapan saya, tetapi saya tidak kisah dengan perangai mereka yang sentiasa mencari-cari isu dan alasan untuk menjauhi surau dan aktiviti keagamaan.

Dalam ceramah tersebut , saya katakan sepatutnya ibu bapa dan pihak sekolah hari ini sembahyang hajat memohon supaya Allah memberi akhlak yang baik kepada anak2 kita..jangan terlalu utamakan untuk semata2 kejayaan dalam peperiksaan sahaja, nanti apabila mereka terbentuk dengan kecerdikan semata2 tanpa ada akhlak yang baik akan memberi suatu sikap yang merugikan kita...tengok hari ini ramai yang cerdik pandai tetapi dengan kecerdikan tersebut mereka menipu dan mencipta pelbagai alat2 yang merosakkan manusia...di sini juga saya ingin tegaskan bahawa keduanya mesti seiring ...niat untuk akhlak yang baik dan kejayaan untuk anak2 kita dalam peperiksaan....insya Allah anak2 kita akan menjadi manusia yang cemerlang di dunia dan akhirat........

saudara2ku sekelian....apabila datang suatu berita dari orang2 yang Fasik maka selidikilah dulu cerita tersebut supaya kamu tidak menyesal ( firman Allah)...JANGAN TERLALU DENGAR UCAPAN ORANG...periksa dulu kata2 tersebut buat penilaian dan datang bertemu dengan saya ...saya tidak bermaksud langsung untuk menghina anak2 yang akan mengambil peperiksaan UPSR....cuma ingin tegaskan pentingnya pembinaan akhlak dan agama di samping ingin kejayaaan anak2 dalam peperiksaan....

Isu kedua....Kain Rentang surau yang bertajuk " Qiammulail dan Berbuka Puasa " ...kenapa nak malu dan takut sangat??? orang yang tak bersalah takkan takut ....contohnya pencuri akan takut bila bertemu dengan polis...orang yang tak mencuri tak kan takut sama sekali....kedua kalau kita ada sensitif keagamaan pasti kita terasa orang yang kurang biadab terhadap program surau...program qiammulail dan buka puasa !!....bukannya ajak orang dangdut, menyanyi, dan seumpamanya....cuba saudara fikirkan .....kalau tak suka sangat kepada AJK surau atau program datanglah ke surau kita berbincang demi kebaikan bersama.....ada tak orang tak suka majlis buka puasa ????? ada tak orang tak suka solat malam ????....kalau tak suka janganlah sekat majlis orang untuk buat kebaikan......

Saturday, August 8, 2009

Peranan Ulamak


Hari ini kita dilanda bencana dan malapetaka bertubi-tubi bagaikan dunia hampir menemui ajalnya. segala masalah dan bencana yang berlaku ini merupakan satu pengajaran dan peringatan kepada kita supaya kembali mengingatiNya dan tunduk kepada ajaranNya. Bencana ini semua adalah kecil jika kita bandingkan dengan bencana azab akhirat yang tiada kesudahan.

Di sini penulis ini ingin menyatakan bahawa ada satu bencana yang paling besar lagi yang menimpa umat islam dan dunia islam keseluruhanya. Bencana "penyelewengan Agama" atau dengan kata lain hilangnya amanah para ilmuan islam dalam menyampaikan islam kepada masyarakat. Para sarjana islam atau dengan gelaran lain dikatakan ulamak mempunyai peranan yang besar bagi menunaikan amanah yang ditinggalkan oleh para Nabi dan Rasul.

Umat islam berada dalam kejahilan dan kekeliruan dalam pelbagai persoalan dan masalah yang timbul, sepatutnya para ulamak samada yang bergelar tok guru, mufti, ustaz, imam memainkan peranannya dengan penuh tanggugjawab dan konsisten bagi mewujudkan suasana yang baik. Jika ulamak berlepas tangan dan mementingkan diri sendiri ataupun ingin menjaga keselesaan hidup ( pangkat ) maka hancurlah pegangan orang awam dan hancurnya cahaya Islam. Contohnya apabila ditanya kenapakah berlakunya keruntuhan akhlak remaja, penyakit selsema babi, perzinaan yang meluas dan pelbagai musibah di negara kita , maka kita dapati mereka mengatakan semua ini merupakan ujian dalam kehidupan kita . Sepatutnya mereka sedar dan bertanggungjawab menyatakan perkara yang sebenar walaupun pahit sehinggakan terpaksa berkorban segala kesenangan, kemewahan sebagaimana para ulamak silam meninggalkan semangat juang yang tinggi seperti imam syafei, ibnu taimiyah , imam hanbali dan ramai lagi ulamak di sepanjang zaman.

Dalam surah al-Baqarah dengan jelas Allah menceritakan akhlak ulamak ahli kitab yang menyelewengkan ajaran kitab Taurat semata-mata inginkan pangkat dan kemewahan dunia . firman Allah yang bermaksud " Orang-orang yang kami turunkan kitab kepada mereka ,mereka mengenali Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri ". Inilah perumpamaan yang jelas untuk kita fahami bahawa ilmu wahyu tentang kerasulan sudah diterangkan dalam kitab Taurat, tetapi ulamak -ulamak Yahudi sanggup menyembunyikan perkara yang sebenar demi menjaga status mereka sebagai ketua agama. pengajaran ayat ini termasuk kita juga sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. sekiranya bersikap demikian maka sudah pasti akan dilaknat oleh semua makhluk Tuhan.

Oleh itu saya begitu mengharapkan semua cendiakawan Islam ataupun para ulamak menyedari hakikat ini dan bertanggungjawab menunaikan amanah ini untuk melihat bangsa melayu khususnya yang masih jahil tentang islam mendapat nur hidayah melalui lisan-lisan para ulamak yang mempunyai kelebihan ilmu yang menjadi kebanggaan umat islam.Jangan sekali-kali kita menjadi sebab terhalangnya hidayah Allah kepada masyarakat semata-mata inginkan perhiasan dunia yang sementara dan menempah kutukan dan laknat Allah Ta'ala dan seluruh makhlukNya.

Monday, August 3, 2009

kewajipan Menuntut ilmu


Menuntut ilmu merupakan satu kewajipan ke atas individu muslim. Kewajipan ini tidak boleh diabaikan dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah Ta'ala yang mengaku beriman kepadaNya. Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud " adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu ( jahil ) ? . Mengikut keterangan ayat ini menunjukkan kelebihan dan ketinggian darjat orang-orang yang mempelajari ilmu Allah Ta'ala , lebih-lebih lagi mereka menuntut ilmu untuk mencari keredaanNya.

Kewajipan ini kebanyakannya tidak dihiraukan oleh masyarakat kita pada hari ini. kebanyakan mereka hanya mengejar kemewahan kehidupan dunia dengan berusaha siang dan malam tanpa mengira menuntut ilmu adalah kewajipan seperti solat dan berpuasa juga.Bagi mereka yang penting adalah " Harta kekayaan " melebihi segala kepetingan yang lain. pada pandangan mereka apabila mendapat harta dan wang yang banyak dapatlah membuat amal kebajikan dan pertolongan kepada fakir miskin yang memerlukan bantuan.

Di sini perlu kita ingat dan sedar apabila kita memiliki harta dan kekayaan tanpa ilmu di dada amat mudah kita terjerat dengan hasutan hawa nafsu dan syaitan untuk membawa kita ke lembah kehinaan seperti yang berlaku dalam sejarah tamadun manusia yang di abadikan dalam Al-quran tentang kisah "Qarun". Allah Ta'ala menggambarkan kekayaan Qarun sehinggakan orang-orang yang kuat tidak mampu memikul anak-anak kunci gedungnya. Tetapi apakah kesudahanya ? Allah Ta'ala menghinanya dengan mengazab qarun berserta harta kekayaannya ke dalam bumi.

Masyarakat kita juga banyak salah faham dalam menuntut ilmu sehinggakan sudah menjadi " budaya orang melayu " . sebagai contoh yang jelas jikalau kita perhatikan dimana -mana kuliah di surau ataupun masjid tentang pengajian " feqah " hanya berkisar tentang tajuk " ibadah " sahaja sejak dahulu , kini dan selamanya. Tidak ada perubahan kearah yang lebih baik dan melihat kepada keperluan semasa dalam bab-bab yang sepatutnya dipelajari. sebab itulah tidak pelik apabila ada pihak yang ingin melaksanakan syariat Allah Ta'ala( Hukum Hudud ) ada yang menentang dengan sekeras-kerasnya walaupun mereka mempelajari kitab-kitab fekah. Dalam kitab Fekah semuanya ada bermula dengan tajuk ibadat kemudian mualamalat jual beli kemudian bicara hukum kekeluargaan nikah kahwin, seterusnya bab jenayah Hukum Hudud bagi orang yang melakukan kesalahan-kesalahan tertentu. Inilah kesilapan yang besar dalam mempelajari ilmu islam sehinggakan emas ada dalam poket tidak disedari.

Ada juga yang beranggapan bahawa kita tak sempurna lagi tentang ibadat solat , bersuci dan perkara yang berkait dengannya. jikalau itulah yang menjadi hujah untuk mempertahankan kefahaman mereka , saya ingin bertanya bilakah kita akan menjadi manusia yang betul-betul sempurna dalam melaksanakannya? bolehkah kita boleh menjamin kita boleh solat dengan sempurna baru kita boleh belajar bab-bab yang lain ? semua persolalan ini mesti dijawab dengan alasan yang logik dan bertepatan dengan kaedah islam jangan hanya mempeturutkan hawa nafsu yang jahil , maka bertambahlah kejahilan kita dalam menuntut ilmu islam. Adakah bila sudah ada semua kelengkapan rumah, kereta, pekerjaan baru boleh berkahwin ? . Oleh itu hendaklah kita sedar bahawa dalam kaedah menuntut ilmu Islam hendaklah secara menyeluruh jangan kita belajar dalam bab-bab tertentu sahaja yang mengakibatkan kita tidak memahami ajaran islam yang terkandung dalam Al-quran dan sunah Nabi s.a.w.

Sunday, August 2, 2009

Kekuatan Umat Islam


Melihat kepada umat islam hari ini benarlah bertepatan dengan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : " umat islam di akhir zaman bagaikan buih di lautan " walaupun ramai tetapi tidak mampu menghadapi serangan musuh utama Yahudi dan nasrani. Setiap masa dan detik Yahudi melancarkan serangan maut ke atas umat islam di Palestin.

Melihat kepada isu ini timbul pelbagai pandangan di kalangan umat islam sendiri. Perbezaan ini timbul kerena kefahaman umat islam tentang " Islam " terlalu sempit . Berkebetulan pula ada dikalangan umat islam yang terpengaruh dengan pemikiran barat dalam memahami islam yang sebenar.kebanyakan umat islam hari ini memahami islam dalam bentuk yang sempit, bagi mereka islam hanya berkait dengan amal ibadah solat,puasa, zakat , haji , dan berkahwin. inilah kefahaman majoriti umat islam hari ini. sedangkan kalau kita lihat kembali Firman Allah Ta'ala yang Bermaksud " Hari ini aku sempurnakan bagi kamu agamamu dan aku sempurnakan nikmatKu keatas kamu dan Aku reda Islam sebagai agama kamu ".

Berdasarkan Firman Allah ini jelaslah bahawa "Islam " adalah agama yang lengkap mengatur seluruh perkara yang berkait dengan kehidupan manusia ".Bermula dari ibadat , munakahat, muamalat, jenayah, politik, pentadbiran negara dan hubungan antabangsa. Islam bukan sahaja mengatur hubungan sesama manusia ,bahkan hubungan dengan alam seluruhnya.Apabila umat Islam salah memahami Islam inilah hasilnya hari ini apa yang kita lihat di Palestin tidak ada sokongan dan bantuan daripada Negara-negara umat islam yang lain untuk menolong dan mempertahankan kesucian kota para nabi dan rasul yang telah memancarkan Nur Islam ke seluruh alam.

Oleh itu kita hendaklah sedar dan memahami isu ini dengan sebaiknya dan sedar rasa persaudaraan kita sesama muslim . Jangan kita terpengaruh dengan fahaman yang di bina atas perkauman yang sangat di kutuk oleh Islam.

Saturday, August 1, 2009

Bala Bencana Peringatan Dari Langit

Hari dan ketika saat ini kita di ancam oleh pelbagai bala bencana yang sentiasa mencari mangsanya. Di seluruh dunia hari ini manusia menghadapi ancaman penyakit " selsema Babi " atau dengan nama saitifiknya Influenza A (H1N1). Kehidupan kita terasa berada dalam ancaman walaupun berada di mana pun, samada di sekolah, pejabat, hospital, pasar raya dan di mana jua penyakit ini mengancam kehidupan kita semua.

Apabila kita bercakap isu ini sudah pasti timbul beberapa persoalan , antaranya dari mana punca penyakit ini timbul ? kedua macamana cara rawatan dan penyelesaiannya? ketiga pihak manakah yang sepatutnya yang bertanggungjawab dalam membendung dan mencegahnya supaya penyakit ini tidak merebak semakin parah ? . untuk menjawab semua persoalan ini mungkin timbul pelbagai pandangan berdasarkan personaliti seseorang yang berbeza. Cuma di sini saya cuba bawa perbincangan berdasarkan pandangan dari kaca mata Islam.

Semua bencana yang berlaku dialam ini terbahagi kepada dua keadaan samada ianya sebagai suatu ujian daripada Allah ataupun bala bencana daripadaNya sebagai suatu peringatan di atas segala dosa dan kemungkaran yang berlaku. Jikalau kita lihat persekitaran hari ini sudah pasti segala yang berlaku ini merupakan " Bala Bencana " untuk memberi kesedaran dan keinsafan di atas segala usaha mereka membuat kerosakan dan kemungkaran di muka bumi.

Islam mengajar umatnya makan makanan yang bersih dan halal sebagai suatu jaminan kesihatan tubuh badan dan sekaligus memberi kekuatan tubuh badan untuk melakukan amal ibadah dan segala amal kebajikan sebagai hamba Allah dan KhalifahNya di muka bumi. sebelum kedatangan islam agama yahudi pun menharamkan makan daging babi begitu juga agama -agama yang lain . Tetapi sikap dan perangai manusia yang dilarang oleh agama itulah yang menjadi kegemarannya dan menjadi seleranya , hasilnya inilah akibatnya di atas usaha manusia yang tidak mempedulikan suruhan agamanya.

Friday, July 31, 2009

Siapa Yang Kebal ?

Dalam masyarakat manapun samada masyarakat primitif dahulu kala ataupun masyarakat moden hari ini terdapat golongan yang bergelar " hero " dengan kekebalan mereka. mereka dihormati dan disegani kerana ilmu kebal yang menjadi keistimewaan dan kewibawaan mereka yang luar biasa. Masyarakat dahulu terlalu kagum dengan ilmu-ilmu kebatinan kerana bagi mereka satu keuntungan duniawi. Contohnya boleh menjadi ketua masyrakat , mempertahankan diri, menjaga harta benda dan diri mereka termasuk kaum keluarga.

Apabila kita melihat kepada sifat dan budaya orang melayu dulu , kini dan selamanya kita dapati amalan ilmu kebatinan dan kebal ini semakin bertambah dalam pelbagai sudut dan situasi yang berbeza. Bagi golongan yang belajar ilmu persilatan mereka menggunakan amalan dan wirid tertentu supaya mereka menjadi kebal daripada segala benda-benda tajam yang boleh melukakan mereka. Dengan amalan tertentu kadang-kadang boleh membawa kepada kufur dan syirik kepada Allah Ta'ala. Contohnya ada setengah amalan membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan dalam masa yang sama mengadakan hubungan dengan makhluk halus jin yang tidak diketahui samada jin di kalangan yang beriman atau kafir. Sedangkan kalau kita kembali melihat dan mengkaji ajaran Islam dengan jujur dan dengan niat mencari kebenaran pasti kita dapati tidak ada amalan kekebalan dalam bentuk yang difahami oleh golongan ini.

Islam agama yang sempurna yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s. a.w lengkap menerangkan semua perkara dari sekecil-kecil perkara yang berkait dengan penyucian najis hinggalah pembentukan kerajaan dan hubungan antabangsa. Islam hanya mengiktiraf kekebalan " iman " sebagaimana kita dapati dalam sejarah kehidupan para nabi dan para rasul yang berjuang menyampaikan amanah Tuhan di muka bumi terpaksa menghadapi pelbagai mehnah dan ujian sehinggakan ada dikalangan mereka di bunuh , digergaji seperti nabi Yahya ,Isa ,Zakaria ,Muhammad s.a.w dan pelbagai bentuk penderitaan yang cukup hebat.

Walaupun penderitaan yang mereka alami sepanjang kehidupan mereka tidak melemahkan semangat mereka untuk terus berjuang dan menyebarkan ajatan Islam di muka bumi . Inilah yang dikatakan " kekebalan Iman " yang sepatutnya menjadi ikutan bagi umat islam dalam kehidupan mereka selaku hamba Allah yang mengaku beriman KepadaNya. Begitu juga para sahabat Nabi s.a.w sanggup berkorban mati syahid dalam peperangan dengan penuh pengharapan mereka mati dibawah mata pedang dan tubuh mereka mengalir darah yang menjadi saksi di hadapan Allah sebagai pembela agamaNya.

Seterusnya kita melihat golongan ulamak-ulamak yang ikhlas berjuang mempertahankan kebenaran seperti imam Syafei, Hanbali, Malik. Ibnu Taimiyah dan ramai lagi sepanjang zaman mereka telah menyatakan kebenaran penyaksian mereka sebagai hamba Allah . Mereka sanggup dipenjara, dipukul, dihina, dibuang daerah dan pelbagai jenis penderitaan demi melihat kebenaran tertegak di bumi Tuhan . Inilah golongan yang mempunyai " kekebalan iman " yang mantap dan kukuh sehinggakan Allah memuji mereka dalam Al-Quran Yang bermaksud : ingatlah sesunguhnya wali-waliku tidak ada ketakutan dan kesedihan bagi mereka dalam kehidupan dunia dan akhirat".

Inilah hakikat kekebalan yang harus kita fahami dan sedar kesilapan kita dalam memahami ajaran islam yang sebenarnya. Jangan kita terpengaruh dengan fahaman-fahaman agama lain yang boleh membawa amalan dan iktikad kita syirik kepada Allah Ta'ala sekaligus menghancurkan pegangan kita yang suci lagi murni.